Quantcast
Channel: Yuyu Zulaikha
Viewing all 313 articles
Browse latest View live

Zwitsal's & Anak Tersayang.

$
0
0
Assalamualaikum

Habib Muhammad dah nak 2tahun. cepat kan? hari tu baru je tulis entry pasal pengalaman bersalin czer. hehe. 10 Oktober ni dah 2tahun. ya Allah, dia punya ragam, macam-macam. pening kepala ada, geram pun ada, kadang-kadang tu. tapi, macam mana pun, tetap rasa bahagia selalu bila ada dia. bahagia tu tak pernah rasa sebelum dia ada. 

jadi, apa pun mengenai anak, yuyu akan sebolehnya sediakan yang terbaik untuk dia. dari makanan, pakaian, hinggalah ke produk keperluan dia.

apa kaitan anak dengan Zwitsal? tengok lah pakej Zwitsal ni. alahai. kuning comelnya!


sebenarnya, brand ni adalah leading brand di Eropah sejak 100 tahun lebih. lama kan Zwitsal ni? bila tengok pada berapa tahun pun dah boleh agak lah bagus tak bagus produk ni. Alhamdulillah. baru ni yuyu dapat satu set penjagaan bayi Zwitsal untuk yuyu try sendiri pada Habib. 

best ke tidak? best baq hang! banyak benda yang yuyu nak highlightkan kat sini. memang puas hati sangat bila guna semua product Zwitsal. produk ni, diformulasikan dengan bahan semulajadi seperti ekstrak canola, susu, madu, saderi, kemiri dan lidah buaya. ada dua range yang mak-mak boleh pilih ; Classic atau Natural.


suka pakai Zwitsal Baby Bath 2-in-1 ni. dah la bau wangi, sesuai pulak tu guna untuk rambut & badan. senang kerja mak mak :p


sebenarnya, Habib ni, kulit dia agak sensitif. kalau salah guna produk ja, habis lah merah-merah pipi, lengan & perut dia. lepas tu jadi kering teruk. Allah. time dia bawah enam bulan dulu, lagi lahhhh teruk. sampai nekad nak kurangkan pakai sabun kat dia, takut weh. tak sanggup tengok badan berbirat sana sini.

susah nak cari baby care product yang extra soft formulation yang sesuai untuk kulit bayi senstif macam Habib. kalau ada pun, mestilah mahal sangat dan susah jumpa. tapi, kalau Zwitsal, tak perlu dah risau. memang formula dia extra soft sesuai amat untuk kulit bayi yang masih lagi lembut.

tapi Alhamdulillah, Zwitsal ni, sebab ingredients dia daripada ekstrak tumbuhan dan extra soft formulation tadi, insyaAllah lah, takkan ada reaction teruk untuk Habib. sepanjang la ni guna, takpernah ada lagi lah jadi merah-merah. siap rasa nak gigit dia selalu ja, wangiiiiiii :D

kalau Baby Bath 2-in-1 tu, depa siap dah buat hypoallergenic test, dan pH balanced lagi. jadi, memang sangat sesuai untuk bayi yang ada masalah kulit sensitif macam Habib ni. time guna pun, takkan pedihkan mata anak kita dan tak pernah la sepanjang guna Zwitsal ni bagi iritasi buat Habib yang kulit sangat sensitif tu. mak-mak pastilah yakin nak guna kann. 


terima kasih


kalau Zwitsal Baby Bath dia pula, sangatlah bagus untuk beri nutrisi membantu menjaga kulit untuk kekal sihat, halus dan tampak segar. dan takpak ibu dia geram nak gigit sebab bau sedap. haha.yang baby bath ni diformulasikan dengan susu & madu. kalau dengar pasal susu dan madu pun dah tahu, bagus untuk kulit kekal supple dan lembab sepanjang hari kan.

kalau yuyu, yuyu suka guna Zwitsal Baby Bath setiap kali mandi, manakala Zwitsal Baby Bath 2-in-1 selang sehari. sebab boleh shampoo terus kannn.

lepas dah habis mandi, time untuk pakai losyen dia, Allah! bau bedak sangat. hehe. Zwitsal Baby Lotion dorang ni membantu untuk melembabkan & menjaga kulit bayi untuk kekal sihat dan halus. suka kalau bagi Habib guna time dia lepas mandi, kulit jadi lembab lama. takda dah masalah kulit kering bahagian lengan & perut dia macam dulu.

sambil pakaikan dia losyen, sambil massage. suami panggil "urutan royale". ayah urutkan dia satu badan, dia pula dok macam raja, hulur kaki tangan je. haha. losyen ni, bukan untuk anak je, ibu dia pun pakai juga. macam mana tu? -_-

lastttttt sekali, adalah Zwitsal Baby Powder dengan haruman Fresh Floral. dan bedak ni juga sesuai untuk bayi kulit sensitif. sebelum pakai baju, lepas pakai losyen, lumur sikit satu badan untuk kekal harum sepanjang hari. bau dia, memang harum-harum bayi sangat. bila pakai, teringat macam Habib baru lahir. hehe.

bagi yuyu, yuyu syorkan sangat mak-mak untuk bagi produk Zwitsal untuk anak-anak. kalau bagus untuk kulit sensitif, maksudnya, kandungan dia pastilah terbaik kan. harga pun mampu-beli. semuanya bawah RM10 sahaja okay!


untuk yang tersayang :)


opps. sebelum terlupa, ada satu lagi, Zwitsal Baby Skin Protector Lotion! hey! mana boleh lupa ni. bagus yakmat. membantu sangat time nak balik kampung beraya ni. haha. lotion ni dengan Citronella yang mana bahan semulajadi untuk halau nyamuk. haha. aman lah balik kampung ni. kalau tak, jenuh berkungfu time nak tidur. satu-satunya di pasaran! mana ada macam ni :p

lotion ni juga ada minyak Chamomile untuk menyejukkan bekas merah-merah kalau anak kita gatal. bagi yuyu, mak-mak wajib simpan satu dalam beg lotion ni. please lah!

bagus kann. harap lepas ni, mak-mak semua dah boleh cari dah produk Zwitsal ni untuk anak-anak. kalau nak tahu lebih pasal produk ni, boleh juga terus tengok sini :







terima kasih sudi baca :)

Berjaya Bersama.

$
0
0
Assalamualaikum  

BERJAYA BERSAMA. apa yang korang bayangkan dengan "berjaya bersama'' tu? apa yang korang nak sangat dengan "berjaya bersama" ni?

hmm. kalau yuyu, bila bercakap mengenai berjaya bersama, benda yang pertama yang yuyu akan terfikir adalah mengenai diri yuyu dan orang-orang tersayang, keluarga terutamanya. kalau boleh, yuyu nak sangat apa saja kejayaan yang yuyu kecapi, bukan yuyu saja yang dapat menikmatinya, malah, keluarga juga.

bagi yuyu, apa saja yang kejayaan yang kita peroleh, takkan lengkap kalau kejayaan itu tak dinikmati oleh orang tersayang. mak abah yuyu yang selama ni membesarkan yuyu. tokwan yuyu yang tak pernah miss ulang alik hantar yuyu ke sekolah, dia juga sentiasa ada masa saja yuyu berada, adik-beradik yuyu yang selalu support yuyu tak kira apa, suami yuyu yang sentiasa memberi semangat untuk meraih kejayaan, dan anak yuyu yang selama ni menjadikan yuyu lebih kuat untuk berjaya.

apa lah lagi yang yuyu dapat balas melainkan membalas dengan kejayaan yuyu. kita berjaya bersama, selamanya. amin.

paling yuyu seronok sangat-sangat, bila time yuyu konvo. yuyu tak pernah rasa semua keluarga yuyu bersatu padu untuk pujuk yuyu supaya konvo juga. selamanya, selalu fikir yang konvo ni, alah, nak bagi scroll je weh. malas la buang masa. -_-


hampa tau dak apa yang family yuyu buat? tokwan pujuk mak suruh yuyu konvo juga, siap buat ayat sedih boleh "konvo ja la, boleh juga tokwan "pi" dengan tenang". Allah haih! aku nak kata apa lagi. mak pulak sanggup hoi mai dari Langkawi, suami tiap malam pujuk juga untuk yuyu konvo.


apa saja untuk BERJAYA BERSAMA, ya, yuyu akan usaha!


aku tewas. gigihkan diri konvo.

tup tup hari konvo tu, Allahu Rabbi! Alhamdulillah yuyu dapat moral support dari orang yang yuyu sayang. kalau dak, yuyu takkan rasa ini lah kejayaan yang selama ni yuyu bertungkus lumus bertahun habiskan Bachelor in Islamic Finance.  Alhamdulillah. Alhamdulillah. seronok sampai tak boleh nak ungkap.

balik dari konvo, mak siap bawa balik gambar yuyu konvo beserta frame. tokwan siap order dah frame untuk gambaq konvo yuyu. balik Langkawi ja, tersergam indah gambaq konvo yuyu di sudut rumah tokwan. Allah. terharu sangat. kejayaan sekecik ni mampu buat orang yang kita sayang happy sangat. :'(


terharu aih :'(


jadi, selain kejayaan tu, apa lagi yang yuyu dapat balas balik? Idea yuyu adalah dengan memberi diri kita dan orang tersayang perlindungan yang lengkap. walau apa pun yang terjadi, kita berikan lah dengan sesuatu yang terbaik.

takaful salah satunya.

ya. dengan perlindungan pelan takaful, ia adalah salah satu usaha kita untuk memberi perlindungan terbaik untuk kita dan orang tersayang. walau apa yang terjadi, semuanya di bawah perlindungan yang lengkap. walau apa yang terjadi, semuanya berjalan dengan lancar. walau apa yang jadi, kita ada takaful yang akan sedia membantu kita. insyaAllah.

apa pula dengan korang? Jom kongsi cerita My Berjaya Bersama Story korang di contest mereka di Facebook page sini. Akan ada 3 pemenang dapat RM5 ribu setiap orang.

Lagi satu contest dalam laman microsite mereka di sini. Pemenang akan dipilih setiap minggu untuk menang baucar RM100:

Cuma ambil gambar korang mencuba cabaran Berjaya Bersama Callenge dan submit entri korang di website. Penyertaan yang paling kreatif akan menang ye.

Cepat cepat join sebab Great Eastern Takaful akan derma RM1.00 kepada MERCY Malaysia bagi setiap penyertaan mulai 18 Julai. Yuyu rasa mmg bagus sekali contest ni. Dapat menang dan derma sekali.


terima kasih sudi baca :)

Kenapa Perlu Pilih Aureline?

$
0
0
Assalamualaikum

sekarang, banyak sangat serum yang kita boleh pilih. macam-macam jenis kebaikan yang dijanjikan. serius weh. jadi, kita ni sebagai pengguna, nak taknak, kena buat research elok-elok supaya kita akan buat pilihan terbaik. nak cari product apa terbaik untuk kulit kita? haa. kali ni, yuyu akan share satu serum terbaru ni..

insyaAllah, ini mungkin satu-satunya serum yang korang perlukan selama ni. 


AURELINE
Aureline Perfection Skin Serum
withGOLD 24K 



terima kasih team Aureline


okay, kita kenal dulu, apa kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam serum Aureline ni. apa yang bestnya, Aureline Perfection Skin Serum ni membantu merawat kulit untuk mencantikkan dan menyempurnakan kulit wajah dengan kebaikan sebagai:
  • anti jerawat
  • anti kedutan 
  • anti penuaan
  • menghapuskan cela dan parut di wajah untuk tampak lebih segar
  • menganjalkan kulit
  • melindungi kulit dari sinar UV
ewah. nampak macam ada hint-hint kena pakai je. haha. adoi. yuyu ni dah 27tahun, jadi, macam-macam juga lah yang tak okay -_- pfft. kat bawah mata tu, kedut dia macam nenek weh. sia-sia ja kang orang ingat umur 72.   


Cara Penggunaan:
1 atau 2 drop setiap sebelum tidur dan selepas mandi pagi. dah cukup. lepas je cuci muka, terus je picit serum ni, dan apply seluruh muka, termasuk leher. ohoi. jimat kann. cuma perlu satu hingga dua titik saja setiap hari.  :)


 mewah betul warna gold24k dia. tekstur serum ni sangat sangat lembut, rasa sedap je nak apply di wajah kita.


selain daripada kebaikan-kebaikan dan cara nak guna, kita, wajib wajib wajib tahu pula, apa kelebihanAURELINE Perfect Skin Serum with Gold24k ni berbanding serum-serum lain. banyak okay. haa. baca sampai habis. confirm jatuh hati. :p

kelebihan serum ni adalah ia menggunakan kandungan-kandungan natural seperti:
  • arbutin
  • vitamin c
  • ekstrak lemon
  • witch hazel
  • emas 24karat

THINKS UGLY.. CHOOSE THE RIGHT THINGS


kandungan-kandungan yang terdapat dalam serum ni, sememangnya dikenali sangat bagus untuk kecantikan yakni membantu merawat kulit dan  emas 24karat tu sendiri, ekslusifnya memberi kesan perawatan dengan lebih cepat dan berkesan. insyaAllah. campuran bahan tadi membuatkan serum ni sebagai peneraju serum yang menggunakan emas  dan bahan campuran bahan semulajadi. 

okaylah, mesti ramai yang heran, apa sebenarnya yang best sangat pasal emas 24k ni, kalau gold bar, dapat juga lah duit ye dak, kalau serum, nak gadai tak boleh. ewah. memang tak boleh gadai, tapi kelebihan dia, adalah sangat-sangat bernilai berbanding duit.

sebabnya, emas sangat dikenali sebagai agen kecantikan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. malah, emas adalah bahan yang digunakan sendiri untuk kecantikan Ratu Cleopatra, kerana kepercayaan yang berkesan akan kepantasan dalam merawat kulit. emas juga tinggi dengan aktioksida yang mampu mengurangkan masalah radang. 

selain tu, emas juga mampu melancarkan peredaran darah, mengandungi antibakteria, dan sifatnya sendiri memulihkan sel-sel kulit kita (insyaAllah).

boleh dapatkan serum ni, dengan kemewahan emas24karat.


sebenarnya, apa yang paling best dengan serum ni, satu botol Aureline ni, mampu menggantikan, krim malam, krim siang, toner, pelembab dan sunblock. haa. cuci muka je, boleh terus pakai serum ni. sangat sangat jimat dan tak lah menyemak banyak botol kat meja makeup tu khenn. pi travel, cuma bawa satu botol serum je. mudah lagi jimat!

kalau nak tahu berapa harga dia, lebih baik whatsapp terus dengan HQ Aureline ( +0109003065 ). wajib whatsapp tau, sebab ada PROMOSI dengan diskaun yang pasti kita puas hati. hehe. 


Testimoni:



haa. puas hati dah kan? sekarang, fikir masak-masak, lepas tu, terus beli je. boleh tengok lebih lanjut di :

WHATSAPP : +60109003065




jangan lupa tau, cuba. insyaAllah, lepas ni, nangis jiran sebelah rumah. tak aci cantik sorang-sorang.



terima kasih sudi baca :)

Ada Sesuatu Lembut & Wangi!

$
0
0
Assalamualaikum

yuyu suka sesuatu yang bila bau, dia tak terlalu kuat. rasa sedap, lembut, dan tenang sangat. dan yuyu sangat suka sesuatu bau yang berkaitan dengan bunga-bungaan. lagi-lagi bau yang berkaitan dengan bunga ros dan lavender. tahu kan, setenang mana kita akan rasa? tak tak. bukan yuyu saja. ini perasaan majoriti semua orang bila dapat bau bunga ros dan lavender.

pasti tenang. ish. memang pasti lah kan

kalau korang pun jenis yang ada persamaan dengan yuyu, lebih baik korang cuba losyen NIVEA yang terbaru ni. ohoi. tak tahu nak cakap apa. bau dia, bagai bagi reward untuk kulit kita. ewah kau.


NIVEA Skin Delight
Oil in Body Milk




untuk product terbaru NIVEA ni, didatangkan dengan dua haruman (kan dah bagitau tadi -_- ). ros dan lavender.  apa yang menariknya, losyen ni diformulakan dengan tak melekit. serius weh potong mood kalau time tengah hari pakai je, tau tau melekit. eww. macam nak mandi wajib balik. tapi losyen NIVEA Skin Delight ni, walaupun tak melekit, tapi, dia memberi lembapan yang berpanjangan pada kulit. bau dia tu, hoi, lama tau tahan melekat desuppp terus kat kulit.

yes. itu yang kita nak kan.

bau dia yang lama tu, yuyu suka. bila pakai pagi, tengah hari tu pun bau lagi. dah lah bau dia macam lembut-lembut gitu je kan, jadi, yuyu rasa, sesuai sangat kalau nak pakai time pergi kelas ke, kerja ke, atau nak duduk rumah saja. bau bunga-bungaan kan. sure semua orang suka punya.

jadi, sekarang boleh cakap yang pakai losyen ni, adalah salah satu perkara kegemaran yuyu untuk "me time". lepas mandi je, fefeling sorang-sorang, terawang-rawang dok pakai losyen NIVEA Skin Delight ni. in case kalau korang ada bahagian siku agak kasar, yuyu memang suggest try losyen ni. insyaAllah, boleh tengok cepat je bahagian yang kasar tu, lembut dan melembab je nanti. 

dengan kuantiti ni, sapu seluruh tangan. cukup. tapi amat melembabkan. i loike!


agak-agak berapa harga dia? sangat mampu-beli:
250ml cuma RM16.50 (promo pengenalan RM11.90)
400ml cuma RM21.90 (promo pengenalan RM17.50)

nak dapatkan product NIVEA ni, memang senang sangat. mana-mana pun boleh dapat. hatta kedai runcit sebelah rumah pun, dorang jual. haha. maklumlah, dah 100tahun lebih dah NIVEA ni. kalau nak tahu apa-apa lebih lanjut, boleh terus tengok ke sini ya :





jangan lupa tau, cuba NIVEA Skin Delight baharu ni.

terima kasih sudi baca :)

Apesal Dah Tak Blogging?

$
0
0
Assalamualaikum

Rata-rata tengok blogger masing-masing dah maleh nak blogging. sebab medium paling up la ni, Instagram la kan. eh, budak 8tahun pun dah ada Instagram okay. tak boleh hadam betoi. dulu kak yuyu 8tahun dok masak pasir main mak-mak. petang tu naik basikal dengan kawan-kawan keliling kampung sampai Maghrib.

time hujan ja, balik rumah laju-laju, cari longgok baju, berkubang dalam tu. nanti dengar lah suara bagai halilintar. takde maknanya masa 8tahun nak selfie time hujan, post kat Instagram buat ayat deep "biar hujan membawa kesilapanku, biar matahari bangkit membawa semangatku" 

terjun tingkat doblas -_-

anak teruna dah besaq dah. dah 2tahun 6hari

apa ja life yuyu la ni?

anak pun dah lebih setengah ibu dia.


memandangkan sekarang tengah pregnant sekali lagi (haa. lama tak lama aku tak blogging, tau tau pregnant dah 4bulan. haha), jadi, aktiviti selalunya bermula dengan rasa nak muntah memanjang, lepas tu stress dok pikiaq makanan apa boleh hadap. pregnant kali ni ada masalah dengan makan yang gila kronik. 4bulan pregnant, baru tambah berat badan 400gram. aah. botol Pepsi lagi berat.

insyaAllah. kalau memang rezeki, due hujung bulan tiga tahun depan. doa lah, semoga semuanya dipermudahkan dan baby sihat membesar. amin.

sekarang ni, tak banyak sangat keluar rumah. malas pi mall, nanti mesti bau masakan. adoi. aku lemah betoi lah bau makanan ni. kembang tekak weh. time tu juga ajak suami balik rumah. itu lah kalau nak keluaq pun, tempat-tempat yang jauh dari tempat makan. tapi, kadang tu kena hadap juga. hmm.

selain daripada tu, sekarang amat-amat sibuk menguruskan bisnes Darayu. Alhamdulillah. dah hampir setahun dah buat bisnes ni. mula macam tak percaya ja dengan diri sendiri. sebab takdak background bisnes, tapi, terjun ja, lama-lama hang akan dapat rentak dia. tak payah pikiaq lah ada kelulusan atau background, asal ada doa, usaha, dan kemahuan, insyaAllah semuanya baik saja.

bab blogging tu, kadang-kadang rindu juga nak aktif macam dulu, at least, dapat lah share satu dua dengan hampa. tapi, kadang tu, malas. hehe. tak boleh buat apa la kalau dah malas ni. takpa-takpa sementara tengah banyak kat rumah, yuyu akan try lah share banyak-banyak kat blog okay.

aminn. doa tau. okay lah. nak reply order Darayu. meh lah order sekali. ihiks :p


terima kasih sudi baca :)

Nak Bisnes, Tapi Tak Ada Pengalaman

$
0
0
Assalamualaikum

Eh. sama lah dengan yuyu. awal tu, nak juga bisnes, tapi takdak pengalaman. nak juga bisnes, tapi takdak ilmu. nak juga bisnes, tapi takdak background family yang berbisnes. nak juga bisnes, tapi tak tau nak buat bisnes apa sebenaqnya. eh eh. sama lah kita!

ini adalah antara alasan-alasan dan sebab kenapa kita akan berada kat tempat sama lagi. sampai satu masa, kita macam, hmm, kalau bisnes dari hari tu kan, dah senang dah. kalau bisnes dari hari tu kan, dah untung dah. kan bagus kalau start bisnes dari hari tu. ruginya. akhirnya, kita selamanyalah terkedek-kedek nak mulakan apa yang kita plan dari hari tu..

seumur hidup, yuyu memang tak pernah buat bisnes. okay lah. tipu. ada lah. masa darjah enam, jual nasi lemak dengan classmate kat hari kantin, lepas tu masa tingkatan tiga jual laksa masa hari sukan dengan satu kelas. bisnes la juga kann. lepas tu tak tau mana pi depa guna untung tu -_-

itu ja la. lepas tu buat bisnes blog advertorial & review di media social. hehe. meh la contact kalau nak buat review (kah. sempat ok promote). tapi, semua ni tak sama. lepas dah bersalinkan Habib, yuyu terus nekad untuk KERJA SENDIRI. berbisnes. sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, sendiri jaga anak.

suami bagi green light. tapi yang tak green light lagi, macam mana nak start?



MACAM MANA NAK START BERBISNES
orang nak berniaga ni ada beberapa jenis. (satu) siap buat proposal, kira margin, tengok modal, study habis a sampai z, business plan mantop! (dua) modal dah okay, dah buat survey, okay, jalan! (tiga) mula dengan bisnes kecik dropship ka apa-apa lah, bila modal dah banyak, baru buat bisnes sendiri (empat) main terjun ja..

yuyu adalah number empat, serius. time tu suami ada modal besar, yuyu pulak nekad nak buat bisnes, terus cari manufacturer yang terbaik, dan buat terus. dari plan awal nak buat kosmetik (awal tu teringin buat skincare), tapi jadi suplimen khas wanita. benda bisnes yang yuyu terjun ni bukan benda main-main. modal dia hampir ratusan ribu.

tapi entah macam mana, yuyu TERJUN juga. redah. bagi orang lain, ni tindakan bodoh. agak bodoh la sebenarnya. tapi bagi yuyu, yuyu cuba grab peluang. yes, yuyu takdak proper punya pengalaman & latar belakang bisnes macam orang lain. tapi aku nekad juga, pegang juga, apa nak jadi, buat sampai jadi! haa. gitu lah.


MACAM MANA KALAU TAKDAK MODAL BESAR
yuyu terjun juga dalam bisnes suplimen health & beauty ni sebab suami ada modal besar. kalau takdak, memang yuyu insyaAllah akan mulakan dengan clothing line yuyu sendiri dulu. sebab benda bab baju, jubah, shawl ni, memang demand tinggi berbanding health & beauty suplimen.

kalau takdak modal besar, mula lah dengan benda kecik, macam jadi dropship, atau agent mana-mana product dulu. ada juga yang jadi personal shopper untuk butik-butik pakaian. lama-lama, modal dah besar, buatlah bisnes sendiri. disamping kumpul modal, dari situ juga kumpul pengalaman.

tapi, sebabkan yuyu lepas bersalin tu, terus buat product sendiri, yuyu agak kerugian bahagian pengalaman, dan yuyu hampir pertaruhkan HAMPIR KESEMUA duit yang kami ada. HAMPIR KESEMUA ya tuan-tuan dan puan-puan sidang majlis yang dihormati sekalian. awal tu memang tak perasan, tapi sampai pertengahan perjalanan proses product yuyu (DARAYU), ohoi, mula sedar, ya Allah sayang, kita dah hampir guna semua duit kita.




hang nak buat apa masa tu, takkan nak patah balik buat clothing line lepas tu cancel dengan manufacturer ni. serius pening. takdak sapa tau, kami buat macam takdak apa-apa. kami teruskan juga. macam yuyu cakap, prinsip yuyu, BUAT SAMPAI JADI. bila dah mula, takdak lagi jalan patah balik. sebab tu, yuyu nasihatkan hampa, please lah, sebelum buat bisnes, fikir seratus kali. fikir yang terbaik dulu. okay?


TAKUT LAH NANTI RUGI
senang cerita, kalau takut rugi, jangan cebur diri dalam bidang bisnes. yuyu sendiri seorang blogger. sebelum ni sangat selesa jana pendapatan dari blogging. memang syukur dan selesa sangat dengan blogging, tiap bulan income masyuk (Alhamdulillah). tapi sampai bila nak blogging?

sebab tu, sekali lagi, yuyu nekad. bab bisnes, PASTI akan merasa kerugian. bab pengalaman berbisnes, macam yuyu ni tak layak sangat nak kongsi dengan korang lagi, tapi at least, yuyu share lah sikit ya sepanjang hampir setahun yuyu menguruskan perniagaan suplimen kesihatan & kecantikan DARAYU yuyu tu.

sebab yuyu main terjun tanpa pengalaman, yuyu akui, awal tu yuyu mengalami SUSAH NAIK. nak buat marketing tak jadi, keuntungan terguna untuk peribadi, nak buat marketing sampai terpaksa guna duit blogging. Allah. macam taknampak dah hala tuju bisnes yuyu ni. bayar rumah, kereta, bills siap terpakai duit DARAYU. dah kenapa hidup aku ni?

lepas tu, bila awal 2016, ya ALLAH, ekonomi teruk sangat. kuasa membeli sangat menurun. sapa nak beli stock belambak tu? ni baru setengah tahun berbisnes. mampu ka nak bertahan bertahun-tahun kalau macam ni keadaan dia? tapi, yuyu yakin yang setiap masalah ada jalan keluar dia. setiap malam, pagi, petang nangis. yuyu sampai demotivated. yang amat amat amat. sampaikan hampir 2bulan yuyu tak uruskan DARAYU. ada order, aku hantar, takdak order, lantak lah. dan putus harapan. tapi sampai bila nak macam ni?

yuyu bangun balik. bangun balik uruskan DARAYU dengan lebih sistematik dan konsisten. pegangan dengan ALLAH tak putus. seteruk mana pun aku, aku ada ALLAH. DIA kaya. DIA pemilik segala rezeki. hang bangunlah dan mintalah dengan DIA.

akhirnya, apa yang yuyu rugi selama ni, adalah bayaran untuk pengalaman dan ilmu. yuyu belajar banyak sangat dari pengalaman "TERJUN" yuyu ni. orang tengok yuyu, macam semua okay, tapi takkan lah kita nak tunjuk kesusahan kita kan. biar kita buat biasa saja.


MODAL GUNA LOAN KA
insyaALLAH, yuyu berpegang dengan prinsip yuyu untuk cuba jauh dari Riba. takpa. guna saja mana duit yang kita ada. insyaALLAH. ALLAH tolong. tapi kalau ada sedara mara sudi bagi pinjam tanpa minta lebih tu, kan lebih bagus. hehe.


DARAYU



Alhamdulillah. sekarang, bila dah belajar dari kesilapan, dan kumpul pengalaman sepanjang cebur diri dalam bisnes ni, konsisten dan buat secara sistematik, syukur, sekarang makin ramai sangat yang konsisten amalkan DARAYU. walaupun awal tu, rasa macam sangat mustahil nak sampai ke tahap macam ni (awal lagi, tapi syukur). apa pun, usaha lah, dan jangan putus talian kita dengan ALLAH. jaga hubungan kita dengan DIA.

la ni, makin ramai yang jadi stockist, agent & dropshipper DARAYU. yuyu syukur sangat dengan medium bisnes ni juga, yuyu dapat bantu sikit sebanyak di luar sana. kalau korang nak jadi stockist ke, agent ke, atau dropshipper, jangan la segan silu contact yuyu. ihiks. sempat tau nak promote.


INSTAGRAM : @yulaekaofficial
FACEBOOK : @yulaekaofficial 
WHATSAPP : +60189727527
WEBSITE : www.yulaeka.com



bagi yuyu, sebodoh mana pun tindakan awal kita, insyaAllah akan menjadi kalau kita tak give up. yuyu hampir give up. dua bulan tak buat apa. nangis dan kenang nasib ja. tapi, aku bangun balik. sapa nak naikkan bisnes sendiri kalau bukan kau sendiri. sekali kau dah TERJUN, kau akan belajar macam mana nak survive pulak. insyaALLAH.

rajinkan diri bergaul dengan orang berbisnes juga. dan belajar dari dorang. sepanjang kita berbisnes, fikir kepuasan orang lain, selain hanya fikir keuntungan diri kita saja. semoga kesilapan dan pengalaman yuyu yang secoet ni, dapatlah sedikit sebanyak bantu korang untuk berbisnes. best berbisnes ni. feel dia lain machiammm sikit. hehe.

niat penting naa. bersihkan niat, insyaALLAH, semua dipermudahkan. amin. ada masa, insyaALLAH yuyu akan share lah sikit sebanyak lagi. yang penting ilmu, jangan rasa yuyu ni mentah lagi, lepas tu takmau ambik tau.

terima kasih sudi baca :)

Pengalaman Paling Buruk

$
0
0
Assalamualaikum

apa yang korang teringat sangat sampai ke la ni, yang buruk?

benda buruk laju ja otak kita ingat kan. baru niat nak ingat, terus teringat. benda buruk yang yuyu paling cepat ingat walaupun tak lah seburuk-buruk pengalaman lain, tapi, pengalaman ni, entah lah, bila orang cakap pengalaman buruk ja, wajib terus ingat yang ni. mungkin melibatkan maruah kot. ewah. 

pernah masa tu baru darjah 3, sekolah petang time tu. ada sorang cikgu laki tu, dia paling lah garang di sekolah yuyu tu. ya Allah. garang dia tu, sampaikan kalau dengar tapak kaki dia pun, maka bertempiaranlah semua murid-murid lintang pukang mencari arah tujuan hidup masing-masing. gila kau. kang cikgu tu jeling ja pun dah buatkan kau kolera enam hari berturut-turut. hoi. garang dia jangan buat main.

walaupun dia tak ajar kelas yuyu, tapi yuyu sendiri pernah saksikan dia dengan dahsyatnya merotan student yang mencuri. belum lagi cerita kawan yuyu yang budak tu kena cekak 'telur' sebab sembunyi duit curi tu dalam spender. hoi. apa lah mai sekolah buat hal, sia-sia hang kena dengan cikgu tu.

jadi, satu hari tu, dok tunggu tokwan yuyu datang ambik yuyu kat sekolah, yuyu dan kawan-kawan melepak kat kelas paling dekat dengan pagar sekolah. boleh lah nampak tokwan kat luar tu kalau dia datang pun.

tahu-tahu, cikgu garang tu jalan nak balik rumah lah. eh, sempat pulak dia menoleh ke kelas kami lepak ni. Allah. nak kencing manis pun ada time tu. menggeletar seluruh badan kami semua ni. sebagai murid, mesti lah bagi salam kat cikgu kan. itu tanda hormat. 

Allah. dah bagi salam, dia senyum pulak, tetiba masuk kelas yang kami lepak tu. nak bertegur.


' waalaikumussalam. hampa buat apa sini? '

terus mata dia tajam tepat pada yuyu. seraya bertanya:

'hang darjah berapa ni? kelas mana? haluih sangat '
' darjah 3 ustaz. kelas 3 Melur '
' ooo. pandai noo. hang mai sini '


HANG MAI SINI???

adoi. apesal lah aku pi bagi salam kat cikgu ni tadi! entah-entah dah kencing manis ni! hampa tau dak dia buat apa? --'

dia angkat yuyu, lalu goncang badan yuyu, dan gelak sambil berkata


'dah la kecik, ringan no hang ni. hahahahahahaah'


ha. ha. ha. ha. aku gelak lah tak ikhlas. dalam hati meleleh air mata darah dah. kawan-kawan macam nak gelak, tapi macam tak mau gelak. adoi. cikgu ni. potong betoi lah. lepas dia turunkan yuyu sambil gelak tu, terus dia blah ke kereta dia. aku redha ja time tu. kalau itulah yang mampu membuatkan cikgu ada matlamat untuk hari ini. malu hoi. 


nampak ja macam besaq, 138cm jeww. 


nasib lah cikgu. nak tak nak kena hormat juga kan. balik tu takdak lah sampai nak bagitau makbapak suruh report kat guru besaq ka apa. hang nak mati, dok report kat parent, silap hari bulan, berbirat bekas gatah paip nanti.

apapun, dah nama guru kan. kena la hormat. tak fahamnya macam mana zaman la ni punya student sampai sanggup pancitkan tayar motor cikgu, sanggup pukul cikgu, ludah kahak kat cikgu, sampai berselisih dengan cikgu pun dah takmau bagi salam. ilmu tak berkat, dapat sejuta A pun tak guna dik oi. tak berkat. apa pun tak guna.

buruk teruk huduh mana pun cikgu, dia number dua lepas makbapak kita. kak yuyu hampa siap kena 
goncang dengan cikgu garang tu, takdaknya aku nak maki "haram jadah" ka apa. -_-

bagi yuyu, tu lah benda buruk paling pantas ingat. walaupun, ada ja lagi yang lebih buruk. abah meninggal. kena kejar dengan kerbau & anjing dalam satu masa. muka masuk paper untuk minta bantuan. tapi yang laju, tetap kes kena goncang dengan cikgu tu. haha. 

kalau ingat balik, lawak juga. nasib lah tak mengalami gegaran otak. cerdik la lagi. lulz. nasib lah takdak pakwe lalu time tu. jatuh market nanti. masa cikgu tu dah blah, kawan-kawan semua macam tukaq topik, masing-masing ajak beli makanan. entah-entah hampa gelak kat aku dalam hati? --'

terima kasih sudi baca :)

Home & Electrical Fair Lah Pulek.

$
0
0
Assalamualaikum

hampa.. hampa.. hampa semua! free dak 10 sampai 13 November ni. minggu depan, Khamis sampai Ahad? ish. kalau free, lebih baik hampa pi Modern Living & Electrical Expo  di Stadium Bukit Jalil Carpark B. alahai, depa punya expo, menggugat jiwa okay!

bayangkannnn....



Allahhh.. tak tidoq la malam ni. haha. insyaAllah, kami laki bini memang tak tidoq malam. dah aim awai-awai nak ambik beanbag tu. lepas tu, ada lah nak borong lagi barang. haha.

selamat membeli belah. terima kasih sudi baca :)

Solusi Kulit Dengan Lotus Mole Cream

$
0
0
Assalamualaikum

Dikeluarkan pada awal januari 2016, Lotus Mole Cream telah berjaya membantu lebih 5000 orang yang mempunyai masalah:
  • Tahi lalat
  • Ketuat
  • Kutil
  • Isi terlebih
  • Pundi minyak kolestrol pada muka dan badan 

dengan budget yang sangat rendah, tidak melibatkan pembedahan, tidak perlu ulang alik ke klinik/spa untuk tetapkan temujanji,  tidak perlu pakai berulang-ulang, buang terus dari akar. Diadun semulajadi  dengan vitamin E,  Pati minyak tumbuhan dan  bunga tanpa kesan sampingan. 

Lotus Mole Cream ini di formulasikan dari serbuk:
  1. Kulit kayu manis
  2. Minyak Pati frankinsce
  3. Minyak Pati Rose geranium,
  4. Cuka epal
  5. Vitamin E dan 
  6. lain-lain herba yang khusus.



Kini anda tidak perlu runsing, hilang keyakinan diri dan kelihatan kurang menarik, diejek kawan serta hilang focus. Tempoh penanggalan mengambil masa 1 hingga 4 minggu, bergantung pada individu dan saiz kutil atau tahi lalat. Pada masa yang sama anda bebas untuk membuat aktiviti lain tanpa mengganggu rutin harian anda. Produk buatan Malaysia, homemade, SELAMAT SUCI DAN HALAL tanpa kesan sampingan

Terdiri dari Lotus Mole Cream, Anti Scar Cream dan SabunAnti ParutPROMO RM99 FREE POSTAGE SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK sehingga 1.12.2016
Untuk tengok produk Homemade organik lain:


KLIK
Instagram: Organichana
Whatapps: +60167114112
FB Page: Organichana


Terima kasih sudi baca :)

STOP Keganasan Rumahtangga!

$
0
0
Assalamualaikum

sedih sangat baru-baru baca pasal sorang bini ni kena dera teruk dengan suami binatang. sudahlah dia time mengandung pun kena dera, anak dia pun sampai berdarah gusi, siap suruh bini dia buat sex oral kat anak dia. ya Allah. menggeletar baca report. polis pulak buat bodo. dah kenapa hampa ni. bila viral baru ambik tindakan. cis --'

tapi tak guna la nak tuding jari kat sapa-sapa time ni. cuma, kena ambik perhatian. benda ni bukan satu dua kes kat tempat kita, malah, dalam sehari ni, di dunia, juga di negara kita sendiri, setiap saat, kes penderaan rumahtangga sentiasa berlaku. SETIAP SAAT. yes. macam nak lari pi Zuhal kan. tu pun kalau sana boleh makan roti canai setiap hari, kalau tak boleh, hehe, takpa lah, pi sat dah la :p

okay, berbalik kepada benda serius.

jadi, benda ni, kita takboleh pandang enteng. tolong lah. yuyu merayu kepada mangsa-mangsa penderaan rumahtangga ni untuk membuat tindakan pantas. jangan sampai diri sendiri hampir mati, dan anak-anak pula menjadi mangsa. serius yuyu SANGAT sedih bila melibatkan anak-anak kecik ni. anak-anak berhak hidup dalam suasana positif.


takpernah ada manusia yang impikan keluarga tak bahagia dan disakiti. :'(


apa yang boleh mangsa-mangsa penderaan/keganasan rumahtangga (isteri) bertindak apabila berlakunya semua ni?



  1. paling tidak, tolong report pada keluarga terdekat. bagitau hal sebenar kat makbapak atau mertua, atau pada abang. sapa-sapa lah yang rasional. yang bila kita report, dia tak terus melulu datang lepuk suami tu. 
  2. kongsi dengan jiran yang dipercayai. setidaknya, kalau dia dengar benda pelik di rumah kita, dia boleh datang tolong dengan cepat.
  3. berbincang secara tegas dengan suami. tolong buat tindakan yang tegas. kita sebagai wanita bukan kain buruk boleh campak, balik, pijak. ewah kau. mentang kau kuat, nak buat senang-senang pulak kan. bincang lah. buat sesuatu yang sangat tegas. bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi, ini juga untuk masa depan keluarga.
  4. bila keadaan jadi agak tak boleh dibendung, tolong report POLIS. yes. ada orang kata, report kat polis pun tak guna. cuma, perlu ingat, tak semua polis teruk. kebanyakkan polis yang yuyu kena, penuh kasih sayang. 
  5. boleh call terus talian NUR di 15999. serius dorang buka 24/7. setiap masa insyaAllah boleh call. buatlah aduan. setidaknya, kita telah selamatkan rumahtangga kita.

insyaAllah benda-benda ni kalau diambil tindakan dengan cepat, maka, masa depan kita dan anak-anak boleh lah terjamin sikit kan. memang lah macam senang ja lah hang taip kat blog, aku yang kena ni, bukan senang nak buat semua tu. kang sat gi, aku buat, kena lagi teruk. jenuh.

ada juga orang kampung yuyu, yang selalu sangat kena dera dengan suami. sampai, anak-anak yang kecik lagi pun kena juga. dia kena bukan setakat kena penaboh ja, siap kena terajang terpelanting ke dinding, kena tumbuk lebam pipi mata mulut, kena hentuk kepala kat lantai, anak pula nangis, si suami terus terajang anak. 

aku yang dengaq ni, maki lah boleh buat! geram ya Allah. apa lah binatang punya manusia macam ni!

sampaikan satu hari, dia tak tahan sangat (dia selalu mengadu kat emak yuyu), dia suruh emak temankan dia ke pejabat agama. buat report, dan cerita habis dari A sampai Z. satu hari, dua-dua suami isteri kena naik mahkamah. sementara tu, orang kampung yuyu tu duduk di rumah kakak dia. tak tahan dah kan, asyik kena ja berbelas tahun.

hari kena bicara tu, apa yang orang kampung yuyu tu buat (selamat lah suami dia datang juga mahkamah)? dia buat perjanjian di mahkamah, kalau sekali lagi suami dia belasah dia, maka, jatuh talak. Alhamdulillah. memang suami dia dah tak belasah dia dah, tapi masalahnya, suami dia belasah anak-anak pulak. Allah!

menyirap betul aku! tolong lah, buat lah sesuatu. sayang mana pun kita pada suami kita, tapi, kalau dah macam ni caranya, fikirlah yang terbaik untuk masa depan anak-anak. biar anak-anak membesar dalam keadaan positif. jauh dari keganasan. 

fikir lah untuk anak-anak. jangan sampai kita sendiri yang mati. entah-entah anak-anak pun mati. tolong lah. merayu sangat. jangan pandang nanti kita ditinggalkan suami sebab bertegas atas kejahatan yang dia buat, biar ditinggalkan, asalkan hidup kita tak mudarat, hidup anak lebih cerah. mungkin ada yang fikir pasal duit. insyaAllah. ada rezeki luas untuk yang dianaiya. amin.

kita pula sebagai orang terdekat mangsa, mungkin sikit sebanyak, kita sendiri boleh buat report. bukan busy body, kita cuba membantu, menjadi orang yang peduli. semoga usaha kecil kita, dapat membantu kehidupan orang lain.

tolonglah, share entry ni dengan sapa-sapa yang mangsa, dan jadikan pengajaran, buat kita sendiri juga. 

terima kasih sudi baca :)

Nak Menang Voucher IKEA RM2,000 & H&M RM100 tak?

$
0
0
Assalamualaikum

nak tanya ni. Jumaat ni, korang ada plan apa-apa dak? selalunya, kalau Jumaat, mana busy sangat khenn. habis sangat, lepas kerja, mesti lepak minum-minum, bernekad taknak ambik tau pasal kerja. siap lah Sa'odah kalau tetiba datang join lepak, dok tanya hal office. curah Milo Ais Tabur baru tau. orang nak rilek ni. nak enjoy. --'

jadi, kalau free lah Jumaat ni, lepas habis kelas, lepas settle kerja, please lah drift 120km/j pi Sunway Pyramid. sebabnya, ada satu event lauching:


The Pack That Grow Back
11/11/2017
10:00am hingga 10:00pm
Sunway Pyramid; Orange Concourse


apa launching The Pack That Grow Back ni?









sebenarnya, ini adalah satu event kesedaran pengguna untuk memilih barangan yang menggunakan pembungkusan yang tepat demi menjaga dan memulihara hutan kita yang sekarang makin tenat. Pembungkusan apa yang kita kena pilih? semestinya, mana-mana makanan, atau minuman yang dibungkus dengan kotak berlabel Tetra Pak yang boleh:
  • boleh diperbaharui
  • sumber yang betul
  • lebih inovatif
  • lebih segar
  • boleh dikitar semula
  • lebih tahan lama

tapi, lebih baik korang pi event tu Jumaat ni. dorang akan terangkan lebih menarik dan jelas. lepas tu kannn, siap ada KONTES dimana, kalau kita sebagai pengguna dapat lengkapkan 'passbook' yang akan diisi disetiap empat (4) stesyen, kita akan berpeluang untuk menang:

IKEA VOUCHER bernilai RM2,000

alahai. terus berangan nak beli sofa baru tau. haha. 

jangan lupa join event The Pack That Grow Back, Jumaat nanti di Sunway Pyramid tau ♥ 


selain tu, kalau kita aktif join kontes di facebook dorang, boleh la menang weekly H&M voucher worth RM100. alahai. senangnya nak dapat benda best ni. haish. kat mana korang boleh join? hanya di Facebook:




terima kasih sudi baca :)

Smartphone Canggih Bawah RM1,000

$
0
0
Assalamualaikum 

meh sini yuyu bagi cadangan untuk sapa yang nak handphone canggih, interface smooth, design lawa, tapi harga mampu-beli. selalunya, kalau handphone yang macam yuyu akan suggest ni, mesti yang lain dah RM1k++. serius. tapi, yang smartphone yang yuyu akan review ni, harga dia bawah RM1,000.  memang time ni lah kita kena bijak memilih.

apaklah murah!

hari tu sebenarnya, yuyu pernah review adik dia. hehe. kali ni, kiranya, abang dia dah lah. mempersembahkannnn.... *drum rolls please*


ZTE Blade V7 Max
yang hanya RM999. serius boleh beli sorang satu kat adik beradik


apa yang hampa akan dapat dengan smartphone bawah RM1,000 ni?

secara peribadi, pasai apa yuyu suka sangat ZTE, sebab, walaupun dia canggih, design lawa, tapi tetap harga murah. dulu selalu pening juga, aku dah la buat dua tiga bisnes, kalau pakai satu phone, jenuh mampoih phone tu. nak beli dua tiga biji, tapi, mahai. nak beli yang mampu-beli, alahai, lopek la pulak

lepas tu, masa pakai ZTE Blade V7 Lite, puas hati sangat-sangat. start dari tu, memang percaya dengan kualiti smartphone dari ZTE. dan tak habis-habis selalu suggest dekat kawan & sedara mara yang mencari phone. sampai depa ingat yuyu kerja dengan ZTE. haha.

kali ni, bila guna ZTE Blade V7 Max untuk kegunaan blogging punya business, haa, ambik hang! paling yuyu suka adalah:


Design
takboleh nak move on lah part ni. benda awal dok cerita kat orang mesti dia punya design. haha. design dia sangat simple, dan color tu, gold okay. nampak simple dan mewah. haa. bagus. suami kata, kalau orang tak tahu harga dia, tengok ZTE Blade V7 Max, mesti orang ingat harga dia lebih seribu. orang mesti tak percaya dia murah yakmat.

la ni dah ada pilihan dah. dah ada kaler silver untuk yang minat silver.

dan sebenarnya, phone ni full metallic body tau. takdak pun plastik ka apa ka. haa. hebat kann. dan sangatlah nipis, 7.2mm saja. kalau letak kat pocket, memang tak maka ruang mana pun.


Multifunction Fingerprint Sensor

kalau ZTE Blade V7 Lite hari tu, sensor dia di belakang, kali ni ZTE  Blade V7 Max punya sensor ada di tepi. sangat senang nak unlocking yang hanya amik masa cuma 0.3saat. alahai.  iphone yuyu tu pun tak sehebat ni :p

dan fingerprint sensor ni bukan setakat nak unlock phone, tapi boleh diguna untuk jawab call. jadi, tak perlu slide ke atau tekan apa-apa, kita cuma pegang kat fingerprint sensor tu saja. selain tu, dengan sensor yang senang nak pegang tu, boleh untuk ambik gambaq. pegang ja kat sensor tu, terus amik gambar. haa. senang kan!

paling best, boleh slide phone guna sensor tu. boleh ke atas atau ke bawah. in case lepas ni korang dah beli ZTE Blade V7 Max ni, try lah baca belog yuyu, nak scroll up & down, guna sensor tu je :p sebab tu lah depa panggil sensor ni 'Multifunction'


lawa kannn 


Gambar
ini gambar dari camera ZTE Blade V7 Max. walaupun anak yuyu bergerak kemahen, tapi tetap juga dapat focus gambar tu.

memang gambar dia lagi puas hati dari phone lain yang yuyu guna. bila gelap, takdak lah noise teruk. kalau objek bergerak pun, still dapat fokus dan sharp je gambar dia. tu yang yuyu suka sangat. jadi, phone ni, dah macam camera SLR yuyu pulak. haha. lepas ni, kalau nak travel, tak perlu bawa DSLR ka apa, phone ni pun dah cukup. insyaAllah.

memang phone ni jadi phone selfie la memanjang. lolxD


bagi yuyu, yuyu amat sarankan lah korang guna ZTE ni. selalu tengok smartphone depa, mesti murah sangat, tapi sangat hebat. tak padan dengan harga. harga macam Lenovo ka, Huawei ka, tapi dia punya function dia, lebih dari tu.  terus tak jadi tukaq iPhone 7 dah. hehe. ini pun dah sangat cukup untuk yuyu. insyaAllah.

kalau nak beli smartphone, make sure, dia memang berbaloi untuk kita guna. jangan sebab jenama saja, bayar sampai boleh buat downpayment kereta baru, tapi, fungsi dia, tak menang mana pun. senang beli kalau dengan Lazada. sekarang, harga dia cuma RM999, siap ada FREE Smart Cover + TPU Case + Screen Protector.  try tengok di sini : [ ZTE Blade V7 Max ]

semoga entry ni membantu sangat korang yang nak cari phone baru. ingat tau, pastikan kita laburkan sesuatu kena dengan kebaikan yang kita akan dapat.

terima kasih sudi baca :)

Hadiah Dari Jepun ♥

$
0
0
Assalamualaikum

minggu lepas, tengah melayan movie dengan suami, tiba-tiba mai lori DHL hon depan rumah. ya Allah. menggelupur aku. dah tau dah, tu mesti parcel direct dari Jepun tu. aww. itu yang sampai tak sabaq sangat yuyu nak share dengan hampa ni. make sure baca sampai habis tau. banyak benda best nak bagitau ni.

yuyu dapat parcel dari IPPIN la


haa. mesti heran kan, entah apa lah benda IPPIN ni ada kaitan dengan Jepun la, kosmetik lah, makanan lah. yuyu pun baru tahu, tapi terus jatuh cinta okay.

sebenarnya, IPPIN atau ippin.com.my adalah satu website baru daripada Jepun yang menawarkan kita rakyat Malaysia khususnya, untuk membeli dan mendapatkan product-product berkualiti daripada JEPUN sendiri, terus ke rumah kita. jadi, kalau nak apa saja yang berkaitan dengan product Jepun, yes, kena ingat terus Ippin.com.my !

lepas tu, terpikiaq sorang-sorang, ini mesti kena bayaq mahai ni. tax lah, service charge apa benda yang mahai-mahai tu --'

eh, mesti lah ada sedikit premium kena bayar. apa-apa website pun kena bayar kan, kalau tak, macam mana nak dapat masuk Malaysia. habis lah kempunan kita-kita ni nak beli, tapi kena pi Jepun dulu. nangis sorangs-sorang tepi tangga. tapi, kalau dengan ippin.com.my, kita hanya perlu bayar SIKIT sahaja premiumnya, yakni, masih lagi berbaloi dan mampubeli la.

insyaAllah, dalam masa 8 hingga 10 hari saja, product-product top-quality dari Jepun tu, akan sampai di rumah kita. haa. senang kerja takpayah sampai nak tunggu free seat airasia baru boleh beli barang Jepun ni.

okay. apa yang yuyu pilih dan berkenan sangat dari Ippin.com.my ni?

Sakura Kokoro facial set + Melati UV Care Cream

kenapa pilih facial set Sakura Kokoro?
yuyu sangat mempercayai apa-apa kosmetik & facial care product kalau dari Jepun & Korea. sebab dah tahu dah, dorang memang leading lah bab-bab kosmetik & facial care ni. dan paling bestnya, kalau ippin.com.my ni, dorang make sure yang halal dan tak diragui saja yang akan dijual di dalam website tu. kita sebagai pembeli, boleh shopping dengan yakin. 

dan penting untuk korang tau pasal Sakura Kokoro ni, pasai apa yuyu suggest sangat korang beli, dan pakai, sebabnya:
  • HALAL& mengikuti shariah
  • sesuai juga untuk yang berkulit sensitif
  • diperbuat daripada ekstrak daun Cherry Blossom, ekstrak anggur, ekstrak soya& ekstrak ros Damascus
  • packaging yang ringan, sangat sesuai nak bawa pi mana-mana

haa. bagus kan! sebab tu la, yuyu sampai terpilih juga Sakura Kokoro ni. siap ada Halal status lagi tu! product kita sendiri pun belum tentu ada halal. hehe. 


sekarang, kita dalami satu-satu pendapat peribadi yuyu, mengenai keempat-empat product Sakura Kokoro daripada ippin.com.my ni.

SAKURA KOKORO Cleansing Wash. yuyu bagi namblas bintang!


paling best dengan cleanser Sakura Kokoro ni, sebab dia tak berbuih. bila kita cuci muka pun, dapat rasa yang kelembapan semulajadi kita tak hilang dengan drastiknya. yuyu sangat suka dengan apa-apa pencuci muka yang tak berbuih. sebabnya tu lah. bila kulit kita tak kehilangan kelembapan semulajadi dengan banyak, itu yang buatkan kulit kita bebas jerawat, sebab kulit tak stress lalu keluarkan lebihan sebum. 

lepas je cuci muka dengan cleanser Sakura Kokoro, kulit akan rasa lebih bersih tapi sentiasa lembab. tak kering macam selalu kita cuci dengan pencuci biasa.


All-in-One Gel. paling suka dalam semua ni! 

ya Allah. tak tau nak habaq macam mana, tapi, in case korang nak kulit muka korang sentiasa lembab dan lembut, please la, at least, beli lah Sakura Kokoro All-in-One Gel ni. seriously, korang akan rasa puas hati sangat.

selalu sebelum guna product Sakura Kokoro ni, yuyu akan pakai pelembab lepas cuci muka, tapi kali ni, dah tak pakai dah, sebab All-in-One Gel ni pun sangat melembabkan, dan paling best, dia boleh jadi juga primer makeup, supaya bila kita makeup, dia akan stay lebih lama dan tak merekah langsung. nampak smooth saja makeup kita tu.


Sakura Kokoro Beauty Essence pulak, ish, terlampau suka juga. hmm. apa semua yuyu suka ni --' 


apa pulak benda ni? Beauty Essence ni best yang amat, berfungsi untuk mencerahkan kulit sambil melembabkan. tekstur dia sangat lembut, dan mudah meresap ke kulit. tak bagi rasa berminyak atau melekit. selalu yuyu akan pakai, masa muka fresh baru lepas cuci, pakai Beauty Essence ni terus, sebelum pakai All-in-One Gel.

serum ni bagus. sebab dia bagi kita ekstrak yang pure dan dia sangat meresap terus ke kulit kita, sebab tu kalau nak extra cantik, kita kena amalkan pakai Serum atau Beauty Essence :)


Sakura Kokoro BB Cream! aww. happy sangat pulak nak cerita!

BB Cream ni paling best. sebab dia bentuk liquid dan senang sangat nak apply ke muka. walaupun guna sikit saja, tapi, dia boleh cover segala parut & pori di muka. kita cuma perlu sikit ja BB Cream ni, tak perlu tebal pun, tapi nanti tengok effect dia, nampak macam tak pakai makeup dan sangat natural di kulit. tona pun lebih sekata.

yang bagusnya BB Cream ni juga, sebab ada UV protection kan, jadi bagus lah kalau nak pakai time outdoor pun.

nampak smooth je kan make up yuyu. tahan lama ni, bila dah pakai Sakura Kokoro Cleansing WashAll-in-One Gel + Beauty Essence + BB Cream. jimat pun ya, pakai sikit pun, dah cukup.

lepas ni, insyaAllah, yuyu akan terus konsisten dengan semua product dari ippin.com.my ni. dah tahu dah, sangat bagus dengan yuyu


selain daripada tu, kalau korang nak cari selain dari facial care dari Jepun, ada macam-macam lagi kategori yang boleh pilih. Kosmetik ka, baju ka, makanan Halal Jepun ka, barang baby, barang eletronik, kira semua ada lah. yang penting semuanya, khas dari negara JEPUN.

contohnya, product kosmetik yang yuyu pilih ni, best sangat-sangat, dan memang terkenal lah dari Jepun, boleh juga korang try:



semua yang yuyu pilih ni, sangat berkualiti, dan yang top-top dari Jepun


ehh. lupa nak tambah pasal Melati UV Care Cream tu. apa yang yuyu suka, sunblock Melati ni sangat ringan di kulit. jadi, tak rasa melekit dan berminyak bila time panas. yuyu suka terus pakai time makeup, memang tak rasa langsung macam pakai sunblock. selalunya kalau pakai sunblock, alah, petang ja dah merekah, & lusuh mekap. demm la --'

apapun, yuyu dah buat personal opinion yuyu mengenai product-product Jepun dari Ippin.com.my ni, harap dapat lah membantu korang yang mencari skincare, dan kosmetik terbaik. best product-product Sakura Kokoro tu, honestly, once dah start pakai, korang akan faham, kenapa yuyu suka sangat-sangat.

kalau nak tahu apa-apa, atau nak cari product dari Jepun, boleh terus ke link ni:




selamat mencuba!

terima kasih sudi baca :)

RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) | 1st International Tahfiz in ASEAN di Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum

makbapak mana-mana pun, mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. nak la yang terbaik untuk dunia dan akhirat. cuba hang buat perangai tak elok sikit, sentap mak nakk. sebab tu, kita ni sebagai parent sanggup berjauhan dengan anak-anak, demi capai impian tu. takpalah nak, jauh sat di dunia, hang pi lah belajaq kat pondok, asalkan hang dapat tarik mak masuk syurga sama-sama. gichuuew :p

sebab tu juga lah riki-riki sekolah mana yang terbaik untuk anak yuyu, Habib Muhammad, walaupun dia baru 2tahun. alahh. saja-saja mengisi masa lapang dan buat persiapan awal. taknak lah dah dia besar, baru nak serabut fikir. jadi, banyak juga sekolah area rumah kami ni. private pun best, govt pun best.

tapi sekarang tengah viral pasal:


The 1st International Tahfiz in ASEAN


rata-rata blogger dok bercakap pasal RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ni, siap depa pi sendiri tengok sekolah tu. yuyu pun taknak lah kalah. pi lah juga tengok sekolah tu weekend lepas. hehe. selalunya, mentaliti masyarakat mengenai sekolah tahfiz ni, pastilah:
  • low class
  • facilities sadis
  • hafal quran semata-mata
  • option terakhir untuk anak bermasalah

hmm. sedih sangat. sekolah tahfiz tu tak salah. dah berusaha yang terbaik untuk mengeluarkan product berjaya akhirat, tapi salahnya mentaliti masyarakat sendiri. kalau macam ni lah yang terus berlaku, pasti tempat belajar agama dan tahfiz dipandang rendah berbanding sekolah sekular lain. macam mana nak melahirkan generasi celik alquran/agama?

macam mana pulak kalau korang tengok sekolah tahfiz ni? haaa. terjojol bijik mata dak?

terus register lah nama anak untuk lima tahun akan datang :p


wallahi, ni lah kali pertama sekolah tahfiz yang yuyu tengok, sangat international dan kemudahan dia menarik lagi moden. masa sampai saja sana, ingatkan boleh bro-fist dengan pak guard situ. memang tak lahh.. siap kena register, kena pakai tag bagai weh. ketat gila kawalan kat sana.

di sini, pihak dorang mengetatkan kawalan untuk masuk dan keluar, untuk memastikan keselamatan student sini terjamin. insyaAllah. setiap student akan pakai card, dan kena tag dulu baru boleh masuk. parent student pun akan ada tag yang disediakan pihak pengurusan. apak lah.

pandangan kawasan depan sekolah

pandangan depan sekolah juga


Alhamdulillah, kami disambut baik oleh pihak sekolah; Encik Johari. dapatlah tour habis satu tahfiz tu. eh. kalau gini lah gayanya, aku yang dah tua bangka ni pun nak juga belajaq sini balik. okay, jom ikut tour kami laki bini :p

malu-malu pulak budak ni. doa lah supaya awak boleh masuk sini, sayang :p


berkaitan dengan sistem pembelajaran di RIS ni, memandangkan RIS telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia, maka, di Rizq Islamic School akan ada sistem pembelajaran akademik macam di sekolah sekular lain, namun, ada juga subjek Hafazan

sebab tu nanti, di RIS akan ada juga UPSR dan UPKK macam biasa, namun para pelajar juga dapat habiskan menghafal Quran. ya Allah. kecik-kecik dah jadi Huffaz, sejuk uri mak nakk. beranak lapanblas macam ni pun mak tak kisah *okay, emo nangis tepi meja pak guard tadi* 

sebab tu lah waktu sekolah sini dari 8pagi hingga 4petang. lepas tu, mesti yang aku, apaklah lama, stress lah anak aku!

ish. itu lah orang suruh pi riki-riki dulu. tanya habis-habis di sekolah tu --' insyaAllah tak stress aih. sebab apa? okay, sini yuyu terangkan, sistem apa yang depa pakai untuk elakkan anak-anak stress, malah, semangat nak pi sekolah. kang takut taknak balik rumah kang :p

di Rizq Islamic School ini, depa menerapkan dua sistem pembelajaran terbaik DUNIA, iaitu dari negara Finland & Jepun... jom kita tengok.

Japan's System
di sini, depa buat buat research, apa yang terbaik untuk menjadikan sekolah tahfiz berada di tahap international. jadi, depa siap Jepun untuk tengok sistem pembelajaran di sana. kalau di Jepun, setiap sekolah, wajib ada colour-coding yang mana akan mendisplinkan para murid. 

dan di sana juga, menerapkan play-based learning untuk kanak-kanak bawah 7tahun, dan menitikberatkan hal adab untuk bawah 11tahun. jadi, di sini, pihak pengurusan RIS mengolah sistem pembelajaran Jepun tu, di sekolah ni.

nanti Habib kalau sekolah sini, kena jalan dekat line merah ni je tau. jangan lebih :p (sebelah tu, kantin depa)

Colour-coding ni ada di merata-rata kalau kita ke Jepun. sampaikan depa terdidik untuk berdisplin dengan color di sekeliling depa. 


oo. kalau tengok sini, semuanya dalam Bahasa Inggeris, sebab di Rizq Islamic School, depa menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan para murid. jadi. hebat khennn.

Finland's System
macam mana pulak dengan sistem pembelajaran dari Finland? sampaikan sistem di negara ni dapat number 1 sistem persekolahan terbaik di dunia tau. caranya hanya dengan PLAY-BASED LEARNING sahaja sampai lebam untuk budak-budak sekolah rendah!

hang main ja lah dari pagi sampai petang. asalkan foundation utama hang, yakni emosi hang, tidak stress dan hang happy. dan ini sebenarnya yang buatkan kanak-kanak membesar dengan lebih bijak. budak-budak akan lebih rasa seronok untuk serap ilmu & emosi akan selalu positif.

Habib siap taknak jauh satu millimeter pun tau dari sini :p


bila anak takdak stress, itu yang membuatkan dorang bersemangat setiap hari untuk ke sekolah dan belajar. malah, sekolah pun akan disediakan dengan suasana sangat colourful untuk menarik perhatian juga anak-anak datang belajar.

jadi, di RIS, pun menerapkan benda yang sama. sambil belajar, murid-murid akan bermain juga untuk mengelakkan stress, bahkan di Rizq Islamic School ni, TIADA PEPERIKSAAN KHUSUS untuk mengelakkan students dari stress. apa dorang buat, adalah, melihat dari penilaian aktiviti atau ujian biasa, dan hanya akan ada satu kali saja peperiksaan, yakni UPSR. dah :)

cikgu-cikgu di sini pun akan memberi galakan positif untuk student menghafal al-Quran, supaya, murid-murid bukan saja mampu menghafal al-Quran, malah, akan cinta pada al-Quran itu sendiri. aww. bunga-bunga hati ni tau..

okay, la ni, kita tengok pula facilities yang disediakan oleh pihak Rizq Islamic School untuk para murid. serius nanti terjojol bijik mata hampa tau!



amboi perpustakaan dia, kareful! ni masih dalam renovation. tak siap habis lagi, nanti penuh lah buku.

gym pun ada baq hang!

tersado pulak si Habib nanti :p


dorang dah macam kat universiti pulak kann.







siap nanti boleh belajaq multimedia lagi. kemahen budak-budak kat sini.



dan banyak lagi lah sebenarnya. semuanya nampak sangat menarik, bersih, luas, dan tak macam sekolah kita dulu kan. apesal lah RIS ni tak wujud kat Langkawi masa yuyu darjah 1. -_-' 

lepas tu, kalau perasan, mesti tengok yang di sini ada student lounge lah, play room lah, auditorium lah, macam-macam lah. sebab apa? sebab, di Rizq Islamic School, depa mengamalkan sistem pembelajaran macam orang-orang putih tuuu. 'floating-classroom'.

Floating Classroom adalah sistem kelas yang para murid tak ditetapkan kelas sendiri. sistem dia macam kita belajar di universiti. kalau subjek Sains, hang pi lah kat Lab, kalau Matematik kat kelas, kalau Bahasa Melayu cikgu mengajar di student lounge sambil duduk di beanbag, macam tu lah contohnya.

bestkan sistem ni! memang dorang tak boring lah! jadi, dorang boleh bergerak ke merata tempat yang sememangnya menarik di sini. 

nanti student datang sekolah je, depa akan letak beg sekolah di locker ni. alahai. comeynyaaa!


lepas tu kannn. lepas ni, start 2017 ni lah, di Rizq Islamic School akan mendapat kerjasama dengan dua brand besar! iaitu Yakult dan Apple. di mana, setiap pagi, student akan diberi breakfast dan minuman Yakult. SETIAP HARI. insyaAllah. haa. kita kat rumah pun belum tentu bagi Yakult kat anak-anak kan. haha. jangan taknak balik rumah dah la.

dan APPLE akan menyediakan iPad untuk tujuan student di sini belajar. ya ALLAH. sangat canggih dan beruntung kan student kat sini. tapi pihak RIS akan menghadkan lah jumlah pembelajaraan menggunakan iPad yakni selama sejam sahaja di sekolah untuk mengelakkan kesan negetif pada minda kanak-kanak.

memang jauh sangat beza cara yuyu belajar di sekolah dengan di sini. sudahlah belajaq Tahfiz, lepas tu ada akademik sekali. eh, cukup lengkap lah anak-anak kita nanti, insyaAllah.

dan mengenai yuran, bagi yuyu, sangat berpatutan. cuma dari RM800 sahaja sebulan termasuk RM200 yuran makanan. jadi, kita sendiri tak perlu bagi duit belanja kat anak. settle dah. di sini, pihak RIS akan sediakan makanan setiap hari untuk pelajarnya.


nahhh.. tengok video ni kalau tak puas hati :p


sekarang ni, tengah buka sesi pengambilan pelajar untuk 2017. maksudnya, dah boleh lah nak daftar anak-anak di Rizq Islamic School ni, tapi kena sangat cepat lah, sebab pengambilan pelajar sangat terhad, satu kelas takkan lebih 20 pelajar, dan dorang takkan ambik jumlah semua pelajar melebihi 300 orang supaya, dapat memberi perhatian penuh kepada pelajar

jadi, kena cepat lah kalau nak register untuk anak tu. khas untuk 7tahun hingga 12tahun sahaja, dan di sini juga ada buka untuk kindergarten di mana pengambilan tahun pertama ni, cuma terhad untuk 50 orang saja.

kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok/tanya sini:



atau boleh terus ke alamat sekolah ni terus:


WISMA RIZQ
Lot 1456-2, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Telefon : 03-89120447
Whatsapp : 0189611615


kalau nak ke sini, alah, Waze je Rizq Islamic School :)

baju sekolah depa! aloo. comeynyaaa. macam nak gomol je. haha :P


okay lah, semoga entry kali ni, sangat bermanfaat untuk parents yang tengah mencari sekolah sesuai untuk anak-anak, atau boleh lah share kepada yang memerlukan.


terima kasih sudi baca :)

Shopping di The Face Shop, Pavilion Kuala Lumpur [ 5th Generation Flagship Store]

$
0
0
Assalamualaikum

weekend lepas best. dah lama tak kumpul ramai-ramai dengan kawan bloggers. sekali sekala kalau jumpa, macam taknak balik rumah. lulz. tapi, sebab jumpa di event, jadi, sat ja lah. lepas tu balik rumah, buat aktiviti mak-mak balik. *redha*

okay lah. kalau korang peminat dunia kecantikan ni, mesti korang tau pasal The Face Shop. hei! jangan cakap tak tau eh. yuyu lututkan korang baru tau. hari tu masa yuyu pi Korea, haa, berpusu-pusu kawan-kawan dok order barang The Face Shop ni. amboi. kat Malaysia kan ada outlet The Face Shop tu. pi lah beli.

paling terbaru adalah di Pavilion, Kuala Lumpur. yuyu ada pi event launching:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

blogger-blogger yang suka cerita pasal beauty, yuyu je yang suka cerita macam-macam. buhaguahahabuhaha 



sampai saja di flagship terbaru TheFaceShop ni, terus nampak sangat mewah dan penuh dengan barang kosmetik yang kita macam nak histeria. eh. kang aku beli namblasratus kang.


TheFaceShop adalah salah satu jenama kosmetik yang sangat terkenal yang berasal daripada Korea. brand ni sangat sinonim dengan 'semulajadi' atau 'natural'. sebab tu dia punya kosmetik mesti berasasakan ginseng lah, pearl lah, madu lah, sakura lah dan macam-macam lagi lah bahan-bahan semulajadi.

masa yuyu bercuti di Korea hari tu, outlet TheFaceShop ni memang berlunggok kat Myeong-Dong. selang sekangkang kera pun dan boleh nampak outlet TheFaceShop yang lagi satu. satu Myeong-Dong tu rasanya, ada lah dalam berpuluh-puluh outlet TheFaceShop saja. yang bestnya, setiap outlet TheFaceShop mesti sangat penuh dengan orang (perempuan lah khususnya)

termasuk yuyu --' nampak tak, femes ke tak brand ni

Selamat datang ke TheFaceShop, Pavilion Kuala Lumpur


jadi, kalau ke flagship TheFaceShop di Pavilion ni, dia lain daripada lain sikit. sebab di sini, antara satu-satunya outlet TheFaceShop yang menawarkan khidmat Skin Analysis. korang patut cuba lah sekali seumur hidup skin analysis ni. nanti baru tau, apa status kulit muka korang. tau tau muda-muda dah banyak masalah kulit. eh! taknak lah!

salah seorang blogger yang cuba skin analysis. bagus tau kulit dia. normal skin type lagi. :)


bila kita buat skin analysis, barulah kita tau skin regime apa yang patut kita amalkan setiap hari. takdak lah kau bantai acah-acah kulit kau normal ja. macam mana nak kekal cantik gebus sampai bila-bila. lepas buat skin analysis di flagship TheFaceShop ni nanti, dorang akan suggestkan mana product yang sesuai kita pilih.

skin analysis ni hanya ada di flagship terbaru TheFaceShop, Pavilion je tau

selain tu, korang boleh tengok dan pilih "Premium Zone" di sini.

kalau nak tahu, mana-mana product TheFaceShop yang paling menjadi pilihan kita-kita ni, haa, boleh tengok di "Best Item Zone". hamai! hamai! yuyu punya favorite pun ada situ! nampak tak aloe vera cooling gel tu!

banyak pilihan kosmetik kita boleh pilih dan try dulu di sini! sebab tu kalau masuk TheFaceShop, hey, lama yakmat laki kau tunggu kat luar :p

nak pilih semua! boleh tak? siap ada sale tu yang tak menahannn :'(

Sale lagi! apa ni? niat kat hati nak cari BB Cushion je, tapi terambik entah apa-apa lagi belambak. habis bajet shopping tahun depan -_-'

Cushion Zone! tengah hot sekarang zone ni, lagi-lagi bila ada DISNEY x THEFACESHOP BB & CC Cushion tu. alahai! harga pun affordable. better ambik semua collection.


aktiviti kami masa event tu, memang mengenali lebih dekat product-product TheFaceShop, dan paling best, ada mini aktiviti dimana kami para blogger kena buat satu group, untuk game shopping! syarat dia, kami kena shopping, dan WAJIB kena tepat dengan amount yang diberi.

awal tu cuak juga lah, game ni kena aktif, kami kena kumpul product dalam masa 5minit ja. nak bergerak aktif, pulak kami satu group mengandung. haha. sorang ja tak mengandung. jenuh weh. yuyu ni siap berjalan laju sampai keras perut! :p

berkat mak-mak mengandung, alhamdulillah kami dapat number 3 juga weh! lolxD

balik rumah dengan muka happy sangat!

hadiah untuk geng mak mak mengandung tadi tu :p

dapat juga BB & CC Cushion tu. alahai. senyum sampai ke ubun-ubun!


korang nanti kalau dah sampai Pavilion, wajib lah singgah flagship TheFaceShop ni. best tau. tak payah dah nak susah-susah nak pi Korea. depa punya promoter pun sangat friendly dan banyak pengetahuan mengenai kecantikan. at least, korang try buat skin analysis tau.

kalau nak tahu apa-apa, boleh terus tengok di sini :





terima kasih sudi baca :)

Lebih Ceria dengan HP DeskJet Ink Advantage | World's Smallest Printer

$
0
0
Assalamualaikum

tengah-tengah free ni, meh yuyu share sikit pasal personal life yuyu. life yuyu sebagai seorang ibu khususnya lah. sebab sekarang kalau ada waktu free pun, mesti guna untuk melayan anak je la. hehe. kalau dulu boleh lah ajak suami jalan-jalan. la ni, takdak maknanya...

memandangkan yuyu kerja sendiri, uruskan product suplimen yuyu pun selalunya di rumah, dan blogging pun mestilah kat rumah ja kann, jadi, memang yuyu ni dapatlah menjaga anak 24/7. setiap masa dok tengok muka dia. Alhamdulillah. dapatlah nikmat tengok anak membesar depan mata. walaupun muka tu ja aku tengok setiap hari, tapi, serius tak jemu 

setiap hari, ada ja dia punya karenah. 

Habib ni suka melukis. menulis. pendek kata, kalau nak dia diam, hang bagi lah pen dan kertas. nescaya dia akan lukissssss ja kerja dia. senang kerja mak mak :p tapi sat ja lah, lepas tu, dia akan minta kita pulak lukiskan untuk dia pulak. takpun, dia suka tulis nama dia, nama ayah, nama yuyu. haha. itu yang lemah tu. ibu ni nak buat kerja sayang oi.

antara yang dia suka sangat lukis adalah (mengikut apa yang dia bagitau lah) :








haha. macam-macam lagi sebenarnya. dia pun suka lukis lorry. dia akan buat satu garisan, dan bulat-bulat kat garisan tu. lepas tu jerit "ouwi! ouwi!". apa-apa ja lahh :p

haa. semangat kann yuyu siap scan lagi. memang selalu lah, kerja yuyu ni scan apa-apa artwork (art lah sangat) Habib, lepas tu buat satu folder khas. aww. bila lama-lama, tengok balik hasil kerja anak, lepas tu perut ni rasa sejukkk ja. hehe. nak beranak seblas kali la

oo. bercakap mengenai scan-scan ni kan, yuyu suggest sangat korang beli HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet. sebab ini adalah World's Smallest Inkjet printer tau. keciknyaaa lahai. dia macam dua kali ganda lebih kecik berbanding printer yang yuyu ada sekarang, tapi dia punya fungsi dia, tak nak ngalah wei! hebat betoi.

orang kata....

kecik-kecik cili padi :p

walaupun saiz dia dua kali ganda lebih kecik, lebih ringan dari printer biasa kita selalu tengok, tapi tetap dia dapat buat untuk :
  • copy
  • print
  • scan
dannn.. lebih hebat, dia boleh boleh print wirelessly. di mana, kita boleh print melalui mana-mana smartphone kita. tak kira lah iPhone ka, Samsung ka, Micosoft ka, apa-apa lah, asalkan ada handphone. hebatkannn :)

kadang tu, yuyu tengah buat kerja, tau tau dah bunyi je printer.. rupanya, suami tengah print dari phone kat ruang tamu. haha. dan, dia ada tiga kaler yang sangat menarik! 

yuyu punya yang tengah tu! Seagrass Green


tengah scan Habib punya artwork :p

nampak tak, simple je cara nak scan semua ni. lain dari lain :)


jadi, moment kesukaan anak yuyu, lebih bermakna la dengan adanya HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet ni. alahai. cute kannn. tak pun, yuyu suka print je gambar dari Google untuk Habib warnakan. benda-benda ni nampak simple, tapi sebenarnya, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak. sampaikan setiap kali Habib nak buat benda yang dia suka, dia akan wajib cari yuyu :)


Google je "Printable Coloring For Kids" :p

Harap semua ni sangat membantu lah mak-mak untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dengan anak. alah. printer tu tak mahal mana pun. RM379 sahaja! kalau nak beli, boleh terus beli online di sini:




nahhh, belanja sikit perangai anak yang suka betul aktiviti scan, print, copy guna HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet ♥


terima kasih sudi baca :)

Make Up Remover Apa Yang Best?

$
0
0
Assalamualaikum  

dah hujung tahun ni, alahai, dia punya busy kemain. draft yang kena hantaq kat client bertingkek-tingkek. event pulak, hampir hari-hari ada. syukur. Alhamdulillah. walaupun dah pregnant 5bulan ni, benda semua ni tak rasa penat sangat, rasa lebih enjoy. yuyu memang suka hari-hari yuyu yang penuh dengan 'sesuatu'. kalau free ja memanjang, adoi, aku mula lah rasa 'takdak life'

kalau cerita pasal event hampir setiap hari tu, muka ni, memang setiap hari lah bermakeup. tak sanggup pi event dengan muka sendu ni. haha. WAJIB makeup. itu yang selfie memanjang kat instagram tu. lulz.

kadang bila dah balik dari seharian event, hoi, penat dia tak payah cerita lah. lembik satu badan. nak-nak tengah pregnant ni. tapi, nak tak nak, yuyu takkan biarkan yuyu terus tidur dengan muka masih lagi bermakeup. yuyu akan make sure, yang kulit yuyu sentiasa bersih, dan hilang dari segala kekotoran.


benda ni bukan boleh buat main-main ya. once kau buat tabiat tidur dengan makeup, itu lah jadi masalah:

PORI TERSUMBAT PUNCA JERAWAT

sumpah taknak weh. muka kalau dah start berjerawat ni, kalau makeup, susah nak nampak smooth. nak tak nak, kenalah makeup tebal-tebal. jadi, dari awal lah kita bendung masalah kulit muka kita. langkah paling simple kita boleh buat, adalah dengan memastikan:
  1. jangan biar wajah bermakeup lebih dari 8jam
  2. kulit bersih dari kekotoran sepanjang tidur
alang-alang tu, lepas ni, kalau nak cari makeup remover, silalah pilih:





ada sebab kenapa kita mesti pilih Biore Perfect Cleansing Water. antaranya:

1) Water-based & Oil-free Remover

terima kasih team Biore untuk mencipta satu makeup remover yang serius senang gila hidup kau lepas ni. bayangkan lah formula dia water-base tak berminyak melekit supaya senang tak perlu bilas berkali-kali. 

first time yuyu tau tak payah bilas, macam syak juga, alah, kang rasa tak best nanti kulit, bila try sendiri, ya Allah, macam cuci muka dengan air ja. rasa ringan sangat kat muka dan tak perlu nak sental sampai habis kederat pun.


2) New Formula
ada dua formula terbaru dari Biore Perfect Cleansing Water ni, yakni Micellar Water & Japan Smooth Bright Technology dimana berfungsi untuk remove segala kekotoran , saki baki makeup dan lebihan sebum jauh ke dalam pori sambil menyahkan kekusaman kulit. jadi, sebab tu, dengan sekali remove makeup pun, dapat rasa macam cuci sangat.


3) Dua Pilihan
Ini adalah remover yang sangat menitikberatkan kulit, jadi, sebagai pengguna, kita tahu mana keperluan kulit kita kan. Ada dua jenis remover yang kita boleh pilih:

  1. Oil Clear : khas untuk wanita muda yang mengalami kulit lebih berminyak.
  2. Soften Up : khas untuk wanita yang mengalami kulit normal ke kering. yang ni pilihan yuyu!

4) Kelembapan
kita kena tahu, remover ni telah diinfused dengan Mineral Water dimana, akan memberi kita hidrasi yang mencukupi sambil melembabkan kulit. dah settle satu masalah kan. seharian dengan air-cond, paham-paham lah, kulit rasa macam nak mereput je --' benci betul.


5) Pelindung UV
yes. Soluble Collagen di dalam Biore Perfect Cleansing Water ni akan membantu mengatasi masalah cahaya UV yang akan membuatkan kulit kita supple je sepanjang masa. 


***
cara nak guna makeup remover ni sangat senang. cuma pump sikit di cotton pad, lepas tu, terus sapu cuci di muka. alahai. selama yuyu guna, berapa kali sapuan pun dah cuci. cuma kalau mascara yang waterproof tu, ambik masa sikit lah kann :)


i loike lah!


puas hati kannn. jenama ni pun senang ja nak dapat kat mana-mana supermarket & farmasi. sebab tu yuyu suka sangat kalau kita semua guna Biore Perfect Cleansing Water ni. sebab botol dia agak besar supaya tahan lama (300ml weh), yuyu buat satu idea, kalau nak keluar mana-mana, yuyu akan masukkan remover ni dalam travel case. senang. nak solat ja, boleh terus guna. takpun, habis je event, sebab taknak lama-lama dengan makeup, terus remover makeup. 


sebab best. tak perlu bilas dah

okay lah, kalau nak tahu lebih lanjut pasa Biore Make Up Remover ni, boleh terus tengok sini ya :





terima kasih sudi baca :)

Cuba Lazz Susu Kambing Untuk Mengandung & Anak Kecil

$
0
0
Assalamualaikum

la ni, belambak sangat product susu kambing. macam-macam nama. hang habaq lah nama apa, ada yang baru naik, ada yang femes sangat dah. tapi, satu ja masalah dengan yuyu. serasi dak dengan Habib, dan boleh ngam dak dengan tekak mengandung yuyu. haa. itu yang yuyu asyik bertukaq susu kambing tu.

kali ni, yuyu try Lazz Susu Kambing.

banyak juga orang review pasal susu kambing Lazz ni. nak tak nak, memang kena try juga, sebab ramai yang suggest, tolong lah, kalau pregnant, minum susu kambing. kalau ada anak, bagi susu kambing. banyak khasiat kalau minum susu kambing ni. sapa-sapa pun. okay lah. yuyu cuba.


nak bagi yang terbaik untuk 3 orang tau. diri sendiri, Habib, dan dalam perut tu :p


punya lah aku ni spesis tak menyempat, nak juga try Lazz Susu Kambing sepantas kilat, terus ja call agent yang boleh hantar ke Puchong, rumah yuyu. kalau boleh nak siang tu juga. haha. tapi, malamnya baru agent tu boleh buat COD. datang COD kat rumah walaupun dah malam. haa. nampak dah betapa dedikasinya agent Lazz Susu Kambing ni.


ada dua perisa yang yuyu dah try dengan Lazz Susu Kambing ni, korang pun boleh try juga:
tapi dua dua sedap yakmat! Lazz Susu Kambing Asli & Lazz Susu Kambing + Kurma

Lazz Susu Kambing Asli. TIADA GULA TAMBAHAN! Selalunya, ini yuyu akan bancuh untuk Habib. memang bagus betul lah bila takdak gula ni kan. 

 Lazz Susu Kambing + Kurma pula sepatutnya untuk yuyu. sebab ada KURMA yang sangat bagus untuk ibu mengandung yang ada alahan, dan kurang darah macam yuyu. asyik nak pitam ja, tapi Habib suka juga minta yang ni. huhu


Sebenarnya, semua dah tahu akan kebaikan susu kambing. tak payah lah nak cerita baik untuk ibu mengandung & anak-anak ja, malah, susu kambing sangat bagus untuk semua orang. tua, muda, lelaki, perempuan, yang berkerja, yang tengah study, eh, semua orang sangat bagus lah amalkan susu kambing.

cuma, bila mak-mak yang pregnant macam yuyu ni, bagus sangat amalkan susu kambing. salah satu khasiat terbesar susu kambing untuk ibu mengandung adalah, dapat mengurangkan potensi jaundice/demam kuning pada bayi baru lahir nanti. insyaAllah. selain tu, bila dah Lazz Susu Kambing buat ada campuran Kurma pulak tu, memang bagus lah yang mak-mak mengandung kuat alahan macam yuyu ni.

selama ni, yuyu bancuh susu + pati kurma. kali ni, dah tak perlu nyusah diri dah. bancung saja Lazz Susu Kambing. settle hidup :)

dua cawan pun boleh ni :p


selain tu, susu kambing juga sangat bagus untuk anak kita. macam Habib ni, baruuuuu ja berapa minggu putus susu, jadi, memang sebagai mak, kena juga cari susu gantian yang hampir kepada susu ibu. apa susu tu? semestinya susu kambing. khasiat dia, hampir kepada susu ibu. syukur Habib suka Lazz Susu Kambing ni, sebab pernah try susu kambing satu ni, dia ada sedikit bau hamis, dia pegang cawan je, terus reject -_-'

jadi, yuyu amat sarankan lah kalau korang nak try Lazz Susu Kambing ni. kalau nak tahu lebih, boleh try tengok sini:

Instagram : LazzSusuKambingHQ



jangan lupa try Lazz Susu Kambing tau! kalau nak cepat kann, boleh terus tengok di website, senarai agent atau stokist yang berhampiran dengan kita untuk CashOnDelivery (COD):




terima kasih sudi baca :)

Unboxing BoxOfJoy daripada ShopBack!

$
0
0
Assalamualaikum

taraaa!

petang tadi, postman bawa parcel besar gedabak. yuyu ni dah happy sorang-sorang dah, tahu dah, ini mesti parcel BoxOfJoy daripada ShopBack Malaysia ni. aww. macam tak menyempat nak buat, lepas tu senyum sampai esok tau. 

ini lah #BoxOfJoy nya! alahaii. sangat kena dengan diri ni yang mak-mak. haha. taknak share dengan orang lain lah :p


sebenarnya, apa yang korang kena tahu pasal ShopBack ni adalah, ia merupakan satu-satunya website yang bila kita shopping, dia akan dapat cashback! haa. untung kann. online shopping je pun, tapi kita boleh earn sampai 35% cashback yang akan ditransfer ke account bank kita. haa. ehh, dah shopping, tapi dapat cashback! tak rugi lah kalau shopping sejuta pun :p



ada tak website lain buat macam ni? ehh. tolong lah. hujung bulan terus sedih tengok bank account akan ketamakan kau beli belah tu. --'

cakap ja nak shopping apa? ada Lazada, ada Expedia, ada Agoda, Zalora, ehh, banyak lagi lah, yang maksudnya, nak cari apa, please lah shopping dengan ShopBack di mana, setiap perbelanjaan kita, akan dapat balik beberapa peratus cashback tadi.

contohnya, baru ni, yuyu shopping lah sikit keperluan rumah yuyu:

saja beli cadar baru untuk bilik Habib, set baju newborn dan tempered glass untuk phone ZTE yuyu.


semua yang yuyu beli ni, adalah daripada website Lazada melalui ShopBack Malaysia. di mana, kalau dianggarkan, nanti yuyu akan dapat balik 7% cashback. hehe. boleh lah shopping lagi. itu yang bestnya kalau shopping melalui ShopBack ni.

lepas ni, kalau nak booking hotel ke, terus je melalui ShopBack, pilih Agoda. haa. banyak penjimatan kita akan dapat daripada ShopBack.

susah tak proses dia? alahaii. senang celah gigi ja weh. meh yuyu tunjuk step by step:




haa.. simple gila kannn. tapi, apa yang paling best, UNTUK HARI INI SAHAJA 12.12.2016, dimana kita akan dapat penjimatan hingga 50% CASHBACK! yuyu tunggu ja hari ni supaya boleh borong banyak lagi. haha. time macam ni lah kita nak shopping sakan kan.

lagi lagi lah best, kalau korang join ShopBack dengan special link, korang akan dapat pulak lagi RM10 Bonus. ya Allah. dah kenapa ni asyik jimat ja dengan ShopBack! yang penting, guna special link ni tau:






jangan lupa untuk shopping kaw-kaw hari ni dan guna link special tu untuk dapat berganda-ganda penjimatan tau. mana lagi nak shopping jimat macam ni, hanya dengan ShopBack sahaja. boleh lah kalau nak beli barang sekolah ka, nak survey kosmetik ka. apa-apa ja laa.

terima kasih sudi baca :)

Susu Formula Bayi Paling Murah!

$
0
0
Assalamualaikum

sebelum kawen kan, yuyu ni jenis, main rembat ja beli apa yang yuyu nak. kononnya kalau nak beli handbag, takdaknya nak survey tang mana yang lebih murah ka apa. yang penting, barang yang nak beli tu dapat.

tapi..

bila dah kawen ni, suami yuyu adalah spesis manusia yang akan buat survey harga sepaling hebat dia boleh. hang bayangkanlah. hari tu nak beli Nutella, dia siap suruh mak tolong beli dari Langkawi sebab sana murah. kalau nak cari pampers Habib pun, dia akan compare, Huggies mana yang lebih murah. haa. dia memang expert lah bab-bab harga barang.

lepas tu, la ni, yuyu sendiri pulak jadi macam suami, apa semua benda kena survey sungguh-sungguh dulu. haha. sampaikan nak beli sabun pun, yuyu akan survey banyak-banyak kedai dulu, baru beli. selalunya, beli di KK Super Mart lah :p

sekarang ni, bila Habib dah berhenti menyusu, dia punya la menggila survey harga susu formula paling murah. mula bagi Habib try Enfalac, tapi tak sesuai pulak dengan dia, dia tak berapa gemar. lepas tu, try S-26, baru dia menunjukkan minat dia pada susu formula.




dalam banyak-banyak supermarket, selama yuyu & suami survey, memang yuyu sarankan hampa beli lah dengan KK Super Mart. serius sangat sangat murah & convenient berbanding supermarket lain. ni nasihat mak-mak untuk mak-mak juga lah. giccuu..

contohnya, untuk entry ni, yuyu compare kan, susu S-26 di KK Super Mart, Speedmart & Tesco (sebab tiga supermarket ni yang dekat dengan rumah yuyu).





haa. nampak kan dia punya beza. better dengan KK Super Mart. walaupun berapa sen ja pun beza dia, tetap jimat kalau pilih yang paling murah


akhirnya, memang pilih lah susu ni kat KK Super Mart

puas hati aku


bukan setakat susu ja yang murah, banyak lagi, kalau yuyu compare harga ketiga-tiga supermarket tu, mesti kebanyakannya KK Super Mart lagi murah. sebab tu lah, macam mana pun, kalau nak beli, kami laki bini, mesti compare dengan harga di KK Super Mart. selalunya KK Super Mart lagi menang lah. murah serba serbi!

walaupun, KK Super Mart ni supermarket dia tak lah sebesar Tesco, tapi selalunya, itu lah tempat kami laki bini cari barang untuk dapat harga yang paling berbaloi. lagipun KK Super Mart kan buka 24jam kan. tetiba nak beli barang 4pagi pun, takdak hal :p


ini lah tempat selalu kami laki bini mai :p


lepas ni, mak-mak, kalau nak beli susu, better dengan KK Super Mart ya. semoga entry ni, membantu sangat mak-mak dalam membuat penjimatan untuk membeli keperluan kita. amin.

kalau nak tahu lebih lanjut pasal KK Super Mart, cawangan atau apa-apa ja lah, boleh terus tengok di sini:


Facebook :KK Super Mart
Twitter : @KKSuperMart
Instagram :KK Super Mart


terima kasih sudi baca :)
Viewing all 313 articles
Browse latest View live